Operasi khas pelancongan: MOTAC keluar tiga notis Akta 482 di Semporna
Iklan
Khairul Firdaus (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Program Voluntourism: Bersih dan Selamat Semporna Kalasahan Ku. Foto Facebook MOTAC
SEMPORNA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan tiga notis pelancongan susulan pemeriksaan terhadap 56 kenderaan dalam satu operasi khas pelancongan di KM15 Jalan Semporna-Tawau di sini, Ahad lepas.
MOTAC dalam kenyataan memaklumkan operasi hampir tiga jam bermula jam 9 pagi dengan kerjasama Ibu Pejabat Daerah Polis Semporna itu menyasarkan kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) serta Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594) bagi menjamin keselamatan pelancong.
Iklan
Iklan
"Dalam operasi itu tiga notis mengikut Akta 482 dikeluarkan, membabitkan satu notis di bawah Seksyen 20 (1) iaitu penggunaan kenderaan selain persiaran yang dilesenkan untuk membawa pelancong, manakala dua lagi notis merupakan kesalahan di bawah Peraturan 6(1)(i)(iii) iaitu tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong," katanya.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan turun padang memantau situasi berkenaan sekali gus merakamkan penghargaan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) yang berterusan memastikan keselamatan di pantai timur Sabah sehingga meningkatkan keyakinan pengunjung dan pelancong.
Iklan
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan Khairul Firdaus turut memantau program-program yang diadakan sepanjang 2 Mac dan 3 Mac lepas di daerah itu.
"Antara program itu adalah Program Voluntourism: Bersih dan Selamat Semporna Kalasahan Ku iaitu aktiviti kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan Jeti Pelancongan Semporna melibatkan sukarelawan termasuk pelancong.
Iklan
"Program lain termasuk menyampaikan sijil pendaftaran homestay bawah program pengalaman homestay Malaysia kepada Homestay Ar Raudah yang merupakan kluster homestay pertama di Semporna, di samping meninjau kebersihan dan keselamatan di sekitar Pulau Mabul dan Pulau Padanan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, MOTAC turut memohon pengusaha pelancongan, pemandu pelancong berlesen serta pengusaha premis penginapan pelancongan berdaftar MOTAC memberikan perkhidmatan dan hospitaliti yang terbaik dengan harga yang munasabah kepada pelancong yang mahu berkunjung ke daerah ini.
Semporna merupakan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya dari China dan Korea kerana keindahan pulau dan khazanah marin. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com