Roboh Highland Towers: Masalah penduduk dijangka selesai - ADUN
Iklan
Keadaan dua blok terbiar Highland Towers. Foto FB MPAJ
HULU KELANG - Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan terbiar itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menerima banyak aduan membabitkan kebimbangan isu keselamatan, kacau ganggu serta aktiviti tidak bermoral di kawasan itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, susulan itu pada Sabtu, satu lawatan bersama Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad serta agensi terlibat telah diadakan bagi mencari solusi kepada aduan tersebut.
"Isu ini masih dalam status perbincangan. Keberangkalian paling utama ialah bangunan terbiar ini dirobohkan kerana tidak melihat pilihan lain (dalam menyelesaikan isu tersebut).
Iklan
"Objektif utama bagi menyelesaikan aduan dan selepas dirobohkan, barulah fikirkan apa yang akan dibuat di kawasan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan kedatangan Ramadan di Masjid Bukit Antarabangsa di sini.
Iklan
Mohd Kamri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status perobohan bangunan terbiar tersebut.
Mohd Kamri semasa melawat bangunan Highland Towers terbiar pada Sabtu.
Dalam tragedi runtuhan 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominium Highland Towers telah runtuh sehingga meragut 48 nyawa.
Sejak itu, tapak berkenaan terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang mengundang rasa kurang senang penduduk setempat.
Susulan itu, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2019 memberitahu, bangunan terbiar itu akan dirobohkan.
Zuraida mencadangkan tapak itu dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.
Sementara itu, Ani menerusi mesyuarat penuh bulanan MPAJ yang diadakan baru-baru ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu akan mengeluarkan notis kepada pemilik hartanah terbabit untuk merobohkan struktur tersebut.
Ani berkata, notis itu akan dihantar kepada Highland Properties Sdn Bhd sebagai pemilik tapak dan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai penyelesai syarikat.
Katanya, sekiranya syarikat gagal mengambil tindakan (merobohkan), MPAJ akan memulakan proses mendapatkan perintah mahkamah untuk menjalankan perobohan.
Ujarnya, perobohan dijangka selepas Ogos jika tiada sebarang bantahan di mahkamah dan kos perobohan itu anggarkan antara RM6 juta ke RM7 juta.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi