Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Iklan
ANKARA - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.
OIC dalam satu kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).