Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Iklan
Ringgit dijangka stabil pada paras 4.74 hingga 4.75 berbanding dolar AS minggu depan selepas catat peningkatan ketara pada minggu sebelumnya. Foto hiasan
RINGGIT dijangka stabil pada paras 4.74 hingga 4.75 berbanding dolar AS minggu depan selepas mencatatkan peningkatan ketara pada minggu sebelumnya, kata ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata, pasaran akan memantau rapat data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan minggu depan.
Iklan
Iklan
"Sekiranya angka NFP berada dalam jangkaan atau lebih rendah daripada yang dijangkakan, dolar AS akan melemah,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, buat masa ini keadaan masih amat tidak menentu sementara menunggu keputusan penurunan kadar faedah oleh AS yang dijangkakan pada Jun.
Iklan
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan ia meningkatkan libat urusnya dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, perbadanan dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan ke pasaran pertukaran asing.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS kepada 4.7440/7480 daripada 4.7750/7795 pada minggu sebelumnya.
Iklan
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1642/1681 daripada 3.1677/1709, menokok berbanding pound Britain kepada 6.0042/0111 daripada 6.0437/0494 dan naik berbanding euro kepada 5.1434/1493 daripada 5.1656/1705 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2140/2345 daripada 13.2198/2381 pada minggu sebelumnya, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5257/5301 daripada 3.5489/5525, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.54/8.55, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.0 daripada 306.1/306.5. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>