Pelaksanaan SST: Tambang Feri Labuan naik enam peratus
Iklan
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
LABUAN - Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Syarikat pengurusan tiket, Binabalu Sdn Bhd yang menyelia feri Galaxy dan Blue Ocean memaklumkan terdapat peningkatan enam peratus terhadap tambang sedia ada.
Iklan
Iklan
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada semua perkhidmatan pengangkutan air berkuat kuasa 1 Mac 2024," menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, Pengurus Labuan Point Enterprise Robert Ling berkata syarikat pengurusan tiket untuk MV Joy Star, MV Kimanis 1, MV Putrajaya 1 dan MV Goodwill Star itu telah mengemukakan pendaftaran untuk pelaksanaan SST.
Iklan
"Bagaimanapun, kelulusan masih belum diperoleh. Justeru, tambang feri tidak berubah sehingga diberitahu kelak," katanya.
Pasa masa ini, tambang sehala bagi kenderaan sedan ialah RM40, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), kabin tunggal/ganda dan semua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan van dikenakan tiket berharga RM50. Motosikal bawah 250 cc pula ialah RM11, manakala 250 cc dan ke atas sebanyak RM30.
Iklan
Feri Putrajaya 1 mampu memuatkan hingga 85 kenderaan dan 500 penumpang pada satu-satu masa, Goodwill Star (85 kenderaan, 420 penumpang), Kimanis 1 dan Joy Star pula masing-masing dengan kapasiti 55 kenderaan dan 220 penumpang. - Bernama
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com