Pemandu kenderaan terkejut harimau kumbang melintas jalan

Iklan
Rakaman menunjukkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.

KUALA PILAH - Tular di media sosial rakaman papan pemuka kereta memaparkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang dekat Kampung Tengah Ulu, Seri Menanti di sini sejak Isnin.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 Februari lalu di hujung kampung berdekatan kebun getah milik penduduk.

Dahlan menunjukkan rakaman seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pemilik rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada penduduk di situ ataupun sebaliknya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Ulu, Dahlan Alias, sebelum rakaman itu tular, lima ekor ternakan kambing penduduk mati disyaki dibaham harimau pada 16 Februari lepas.

Iklan

" Justeru, saya harap penduduk kampung sentiasa berhati-hati selain tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya terus melaporkan kepada JPKK atau Perhilitan supaya ada tindakan susulan," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Dahlan menunjukkan gambar kambing yang dipercayai dibaham harimau dalam kejadian 16 Februari lepas.

Ujarnya, kebiasaannya, harimau kumbang berkenaan muncul di kawasan hujung kampung yang berhampiran dengan kebun, kawasan semak atau hutan.

Iklan

Sebelum itu tular video berdurasi 50 saat memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti apabila seekor harimau kumbang melintas.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28