Detik manis Naib Canselor USIM mengislamkan saudara baharu di Jepun

Iklan
DR SHARIFUDIN (duduk, dua, kanan) ketika mengislamkan dua orang saudara baharu di Jepun baru-baru ini. -Foto: Facebook Universiti Sains Islam Malaysia

PELUANG mengislamkan dua orang saudara baharu di Jepun menjadi detik indah dan penuh bermakna buat Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani.

Momen manis itu dirakam ketika beliau mengetuai Lawatan Kerja USIM ke Jepun pada 20 hingga 25 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial Facebook USIM pada Selasa.

"Tahniah dan selamat bersilaturahim diucapkan kepada saudara Hajime Nasu dan Yusuke Hori. Insya-ALLAH JDC dan USIM boleh membantu dalam memperkukuhkan jati diri Islam dalam diri saudara baharu ini,” coretnya sebagaimana dipetik menerusi laman sosial Facebook Naib Canselor USIM.

Iklan

Pada sesi lawatan itu, Sharifudin turut berkesempatan berbincang tentang pelbagai potensi kerjasama khususnya dalam menyebar luas dakwah Islamiah di Jepun.

DUA orang saudara baharu, Hajime Nasu dan Yusuke Hori merakam kenangan selepas bersyahadah ketika sesi Lawatan Kerja USIM ke Jepun baru-baru ini. -Foto: Facebook Universiti Sains Islam Malaysia

Iklan

Antaranya termasuknya USIM turut menghantar pelajarnya untuk menjadi imam solat tarawih di JDC sepanjang Ramadan ini, di samping kajian agama dan budaya di Jepun.

Dalam perbincangan itu, katanya, JDC bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan sebagai geran penyelidikan, program mobiliti pelajar melalui Global Islamic Student Outreach (GISO) dan latihan industri pelajar USIM di JDC Osaka.

"Saya amat mengagumi usaha Pengasas JDC yang juga Pengerusi Japan Muslim Foundation, Zulkarnain Hasan Bari yang giat berdakwah dan memperkenalkan Islam melalui budaya Jepun di bumi Sakura ini.

"Sememangnya Islam itu ada di Jepun kerana nilai-nilai universal budaya di negara berkenaan sama seperti nilai murni dalam Islam. Antaranya saling menghormati, tolong menolong, menjaga kebersihan dan bersopan santun,” ujarnya.