'Arwah berhasrat bawa saya, ibu bapanya ke Cameron Highlands'
Iklan
Nor Hanis menunjukkan gambar kenangannya bersama arwah suaminya, Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.
SUNGAI PETANI - [DIKEMAS KINI] Hasrat anggota tentera, Allahyarham Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, membawa isteri dan ibu bapanya bercuti ke Cameron Higlands tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan pada 2 Februari lalu.
Perkara tersebut didedahkan balu Allahyarham, Nor Hasni Ishak, 32, semasa menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah, Rak Boon Tan Rat yang menyampaikan Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat pada Isnin.
Iklan
Iklan
"Sepatutnya apabila dapat Bayaran Insentif Awal RM2,000 Jumaat lalu, dia berhasrat untuk bawa saya dan kedua ibu bapanya ke Cameron Highlands, tapi tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, di sini.
Suri rumah itu menerima bayaran faedah pencen penakat Perkeso sebanyak RM330 setiap bulan dan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000.
Iklan
Dia mengakui bersyukur dengan bantuan tersebut dan akan memanfaatkan sebaik mungkin bayaran tersebut selepas ini.
Nor Hanis (dua kiri) menerima sumbangan Perkeso yang disampaikan oleh Pengarah Perkeso Kedah, Rak Boon Tan Rat.
"Saya tak sangka akan dapat pencen sebab dia pernah bekerja kilang sebelum ini, walaupun tak banyak namun ia sangat membantu untuk kelangsungan hidup saya.
Iklan
"Sekarang saya tinggal sementara bersama keluarga arwah suami dan selepas habis tempoh edah, saya akan keluar mencari kerja,” katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.
Pada 2 Februari lalu, media melaporkan tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Selain Lans Koperal Mohd Hafiz yang bertugas di Batalion ke-3 Rejimen Sempadan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, dua lagi anggota yang maut ialah Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.