Seronok macam raya dapat tahu ada RXZ Members 6.0

Iklan
Laporan Sinar Harian

PENGUMUMAN himpunan motosikal terbesar di Malaysia, RXZ Members 6.0 yang diteruskan tahun ini disambut macam kemeriahan hari raya oleh semua penggemar jentera dua roda itu.

Mana tidaknya, penganjuran RXZ Members 5.0 pada September tahun lalu itu berdepan dengan bermacam kontroversi termasuklah kecaman banyak pihak. Sejak itu, terus berlegar cakap-cakap yang mengatakan himpunan motosikal itu telah berakhir dan tidak akan diteruskan.

Iklan
Iklan

Kontroversi ‘pukat’ oleh pihak polis ketika program itu pula hanya isu kecil yang tidak memberi kesan besar kepada pengunjung yang menunggang jentera keluaran Yamaha itu.

Seperti yang dinyatakan beberapa hari lalu penganjur RXZ Members mengumumkan bahawa himpunan itu diteruskan dan akan berlangsung pada 14 September di Gong Badak, Terengganu.

Iklan

Suasana meriah, malah ada yang turut membawa anak isteri ke event itu dari pelbagai pelosok negeri.

Himpunan RXZ Members ini sebenarnya memberi satu nilai sentimental apabila satu negara turun berkumpul, bukan sahaja semenanjung, tapi dari Sabah dan Sarawak, mereka sanggup pos motosikal ke Semenanjung.

Iklan

Semangat itu memang betul-betul gempak. Terbaik.

Jadi, untuk geng Members 6.0 kali ini, sangat diharap agar jentera yang ditunggang patuhi undang-undang yang ditetapkan.

Senang cerita, motosikal complete, ada cermin sisi, cukai jalan dan paling penting lesen memandu. Barulah jentera yang ‘panas’ ini tidak kena sita dan berkumpul pun dalam suasana yang senang hati tanpa perlu risau kena ‘pukat’.

Sekali gus kita patuh saranan yang ditetapkan polis dan JPJ.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28