Hujan lebat dijangka landa KL, Selangor

Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam pada Rabu.

Hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

Iklan
Iklan

Selain itu, di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong di Pahang dan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau serta Tampin di Negeri Sembilan termasuk seluruh Melaka.

Cuaca sama turut diramal di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor serta Kuching, Serian dan Miri di Sarawak.

Iklan

Menurut MetMalaysia di laman Facebooknya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Iklan

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28