Peserta khatan tonjol kelainan, tampil dengan kostum adiwira

Iklan
Sebahagian ragam peserta yang tampil dengan kostum adiwira masing-masing.

ROMPIN - Suasana meriah dan unik apabila kanak-kanak tampil dengan mengenakan kostum adiwira pilihan masing-masing dalam program Khatan Perdana di Dewan Utama Mardi Muadzam Shah di sini pada Ahad.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Islam Muadzam Shah dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Chini sesi 1984/1986 itu melibatkan 20 peserta berusia empat hingga 11 tahun.

Iklan
Iklan

Penyelaras program, Sayed Nasshuruddin Sayed Idrus memberitahu, program kali ini menampilkan kelainan dengan tema My Hero sebagai pilihan untuk peserta.

"Kali ini, turut sertai empat peserta Orang Asli selain seorang kanak-kanak istimewa menyertai program ini," katanya lagi.

Iklan
Kostum Spiderman yang menjadi pilihan peserta program.

Ujarnya, Exco Kerja Raya,Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Ir Razali Kassim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah menyempurnakan perasmian program tersebut.

"Tiada bayaran dikenakan bagi program ini selain menjalinkan silaturahim bersama masyarakat.

Iklan

"Kita akan meneruskan pelbagai program kemasyarakatan lain selepas ini," tambahnya.