Sekitar hukum-hakam berkaitan khatan

Iklan
WAJIB berkhatan bagi lelaki dan wanita Muslim.

SEMINGGU ini, terutamanya pada musim cuti panjang akhir penggal persekolahan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak lelaki yang masih belum berkhatan akan mula sibuk mempersiapkan diri anak-anak untuk melakukannya.

Terdapat pelbagai ragam dan drama anak-anak biasanya dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas berkhatan. Ada yang mencuit hati dan kadang kala ada yang menyebabkan ibu bapa pening kepala.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, timbul persoalan di sebalik gelagat dan telatah itu, apakah hukum-hakam berkaitan amalan berkhatan ini?

Sinar Islam berkongsi beberapa hukum berkaitan dengan amalan berkhatan yang telah dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi.

Iklan

BERARAK diiringi selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW menjadi sebahagian aktiviti bagi meraikan kanak-kanak sebelum berkhatan. - Gambar Hiasan

Soal jawab hukum berkaitan khatan:

Iklan

1. Apakah hukum berkhatan bagi lelaki dan wanita?

Hukum berkhatan bagi lelaki dan wanita Muslim mengikut mazhab Syafie adalah wajib berdasarkan Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nahlu ayat 123:

"Kemudian Kami wahyukan kepada kamu (Muhammad): Hendaklah kamu menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah dia dari orang-orang musyrik."

Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah: