Anwar ziarah Rafizi di hospital

Iklan
Anwar (dua dari kiri) ketika menziarahi Rafizi (kiri) yang sedang dirawat di hospital. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

Dalam perkongsian menerusi laman Facebook dan X hari ini, Perdana Menteri mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan segera.

Iklan
Iklan

"Berkesempatan ziarah Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan waktu serta hospital Rafizi dirawat.

Iklan

Pada Oktober tahun lepas media melaporkan Rafizi mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kemudiannya dilaporkan stabil. - Bernama

Iklan