Mayat berulat tepi tangga pangsapuri
Iklan
Mayat lelaki ditemui terlentang di sebuah pangsapuri usang di Buntong malam tadi.
IPOH - Bunyi anjing liar menyalak membawa penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui terbaring di tangga sebuah pangsapuri usang di Jalan Gudwara, Buntong di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu disedari sekumpulan penduduk yang melalui kawasan itu sebelum menemui mayat lelaki berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, pemeriksaan mendapati mayat lelaki berusia 50 tahun itu telah membengkak dan berulat dipercayai telah mati sejak lima hari lalu.
"Tidak jauh dari sisi mayat, polis menemui dompet berserta dokumen pengenalan diri dan kad orang kurang upaya (OKU) mental.
Iklan
Pegawai polis menjalankan pemeriksaan pada mayat mangsa di sebuah pangsapuri usang di Buntong malam tadi.
"Bagaimanapun identiti mangsa masih belum boleh disahkan sehingga proses pengecaman dilakukan oleh keluarga. Setakat ini, keluarga si mati belum dapat dihubungi,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran.
Iklan
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga kita menerima laporan bedah siasat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>