'Jalan berlubang di Ranau diturun taraf sementara tunggu reka bentuk baharu JKR'
Iklan
KOTA KINABALU - Sebahagian jalan di Kilometer 8 Kampung Kinarasan di Ranau yang rosak dan berlubang telah diturun taraf menjadi jalan tidak berturap untuk sementara waktu, kata Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Menjelaskan perkara itu, Shahelmey berkata, jalan tersebut diturun taraf sementara waktu disebabkan kegagalan dalam menurap jalan tersebut.
Iklan
Iklan
"Semalam saya dapat laporan daripada jurutera daerah Ranau yang menyatakan bahawa memang seksyen jalan tersebut rosak mengalami masalah kegagalan dalam penurapan.
"Jadi seksyen tersebut diturun tarafkan menjadi jalan 'gravel' buat sementara waktu dan diselenggara setiap bulan sementara menanti reka bentuk ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja pembaikan seterusnya yang dijangka tahun ini juga," katanya kepada pemberita di Masjid Daerah Putatan, di sini pada Ahad.
Iklan
Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas isu jalan tersebut yang dilaporkan Sinar Harian pada Jumaat.
Jalan tersebut merupakan laluan utama bagi menghubungkan antara daerah Ranau dan Tambunan selain sering digunakan penduduk kampung untuk berulang alik ke Pekan Ranau.
Iklan
Diminta mengulas lanjut berkaitan isu jalan berlubang sering mendapat perhatian masyarakat menerusi gambar dan video tular, Shahelmey memaklumkan bahawa beliau ada mengadakan mesyuarat bersama JKR dan semua konsesi yang terlibat berhubung jalan raya di negeri ini.
"Saya cuba memahami selain masalah teknikal adakah masalah lain seperti pengurusan dan kewangan terlibat. Sebenarnya masalah teknikal seperti jalan sudah melebihi had umur reka bentuk dan kedua isu bebanan melebihi had terhadap jalan terutama di kawasan Telupid sehingga ke Tawau.
"Di kawasan tersebut, kiri dan kanan jalan ada aktiviti perladangan kelapa sawit dan ada bebanan yang melebihi muatan dikenakan di atas jalan yang sudah uzur, ditambah lagi dengan keadaan jalan yang basah sudah tentu ini mempercepatkan lagi kerosakan struktur dan permukaan jalan di negeri ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau sentiasa meminta JKR dan konsesi memastikan jalan yang mengalami kerosakan diselenggara supaya selamat digunakan pengguna jalan raya.
Sebelum itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan hadir merasmikan Program Berkhatan Perdana dan seramai 250 kanak-kanak lelaki menyertai majlis berkhatan secara beramai-ramai di bawah parlimennya.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com