Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang

Iklan
Gambar hiasan. Foto fail Bernama

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 402 orang daripada 106 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.

Iklan
Iklan

"PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 184 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (174) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60),” menurut laporan itu.

JPBN turut memaklumkan, PPS Dewan Kampung Segong, Bau telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi tadi.

Iklan

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam esok diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. - Bernama

Iklan