Lapan maut dalam letupan kilang bunga api di Tamil Nadu

Iklan
Lapan orang termasuk wanita terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di daerah Virudhunagar di negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu. Gambar hiasan

NEW DELH - Lapan orang termasuk wanita terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di daerah Virudhunagar di negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu.

Polis sedang menyiasat punca letupan, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Insiden di unit pembuatan bunga api bukan perkara luar biasa di Virudhunagar yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu negeri Chennai.

Seramai 14 orang terbunuh pada Oktober tahun lepas dalam dua letupan di daerah itu manakala dua maut dalam letupan bulan lepas. - Bernama

Iklan
Iklan