PERMATANG PAUH - Kerajaan belum membincangkan secara terperinci berkenaan subsidi barangan tertentu yang turut dinikmati warga asing dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, meskipun perkara itu ada disebut di luar Kabinet, namun ia belum dibawa ke peringkat Jemaah Menteri.