Isu kampung baru Cina memecahbelahkan rakyat

Iklan
Chia Zhen

ALOR SETAR - Isu kampung baru Cina yang dibangkitkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memecahbelahkan rakyat dan sekali lagi menunjukkan isu kaum adalah sebuah 'zero sum game'.

Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wong Chia Zhen berkata, individu yang berfikir dari sudut seorang warga Malaysia tidak akan berfikir hanya untuk satu kaum.

Iklan
Iklan

Chia Zhen berkata, beliau risau dengan keadaan semasa kerana cadangan Kor Ming itu menimbulkan rasa terancam dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Memang betul pembentukan kampung baru Cina ada nilai sejarahnya, kerana ditubuhkan oleh British untuk melawan komunis. Oleh itu, secara tidak sengaja terbentuklah identiti orang Cina," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Walau bagaimanapun katanya, masyarakat perlu faham selain pembentukan identiti ini, sebenarnya ia merupakan satu taktik British mengekalkan penguasaan mereka dengan cara 'Divide and Conquer' selepas komunis ditawan.

"Ini adalah untuk pihak British memastikan supaya penduduk di jajahan takluk mereka tidak bersatu padu untuk menentang mereka.

Iklan

Jelas Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam negeri Kedah itu, beliau berpendapat sedemikian kerana perjuangan yang dibawa oleh parti mereka (Gerakan) bukan untuk satu kaum sahaja.

"Bahkan ketujuh-tujuh pengasas parti Gerakan berasal daripada kaum yang berlainan. Ini membuktikan lagi sekali parti DAP bukan seperti yang dilaungkan selama ini, pemimpin mereka menunjukkan ciri-ciri sebuah parti komunal yang mempunyai sudut pandangan yang sempit," katanya.

Chia Zen berkata, beliau menyeru supaya semua rakyat Malaysia kekal percaya bahawa perpaduan yang ada antara kita tidak mudah diancam bahkan rakyat Malaysia boleh hidup harmoni antara satu sama lain.

"Jangan kerana sesetengah pihak yang ingin menjadi jaguh kampung, rosak susu sebelanga. Lebih-lebih lagi sempena Tahun Baharu Cina, ambillah peluang ini untuk mengenali antara satu sama lain.

"Semoga dalam Tahun Naga ini, negara kita diberkati dengan semangat perpaduan yang lebih erat," katanya.