Hasilkan lebih banyak video pendek sebar mesej antirasuah

Iklan
Hanim ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video HARA 2023 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. (Gambar kecil: Wahida)

SHAH ALAM - Usaha menyampaikan mesej antirasuah perlu diteruskan menerusi lebih banyak penghasilan video pendek di platform media sosial pada masa akan datang.

Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Prof Dr Hanim Salleh berkata, ia berikutan kebanyakan peserta bagi pertandingan video pendek sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) #RasuahBusters 2023 itu turut melibatkan generasi muda termasuk di peringkat universiti dan sekolah.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, ia menunjukkan bahawa penganjuran program seperti ini dapat menggalakkan penglibatan golongan anak muda sekali gus memperluaskan pendedahan mesej antirasuah dalam kalangan masyarakat.

"Pendidikan antirasuah kepada generasi muda ini amat penting. Kalau kita lihat, dalam produksi video-video yang dihasilkan itu memang kadangkala mesejnya agak santai dan bersesuaian dengan jiwa mereka.

Iklan

Sementara itu, Hanim berkata, video dihasilkan menerusi program berkenaan juga dapat mendidik masyarakat tentang kepentingan integriti dan amanah dalam kehidupan masa kini.

"Ini juga memastikan mereka menyalurkan bidang, bakat dan kreativiti masing-masing ke arah isu-isu yang lebih serius dan bermanfaat kepada masyarakat.

Iklan

"Ia merupakan ruang dan peluang untuk mereka memikirkan sejauh mana hendak menggunakan bakat pada saluran yang betul terutamanya melibatkan isu-isu antirasuah ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pegawai Pemasaran Digital Mahsuri Food Sdn Bhd (Mahsuri Dagang), Wahida Amalin Masngun berkata, penganjuran program video pendek itu juga dilihat sebagai langkah permulaan dalam meluaskan kesedaran benci rasuah dalam kalangan anak muda.

"Bila lihat peserta terdiri dari kalangan pelajar, mahasiswa dan kolaborasi dengan guru sendiri, ini menunjukkan bahawa gerakan antirasuah ini sebenarnya boleh mula dari peringkat bawah lagi.

"Pada saya program ini mendapat sambutan menggalakkan dan ia perlu diperluaskan pada masa akan datang,” jelasnya.