'Bukan saya MP didakwa hantar mesej kurang sopan' - Abdullah Sani

Iklan
Kemas kini Abdullah Sani mengaitkan beliau individu didakwa pada Selasa.

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid nafi beliau merupakan individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, pada Selasa.

Menerusi kemas kini di aplikasi X, beliau menunjukkan keratan laporan media bertajuk 'Bekas Ahli Parlimen Kapar didakwa esok'.

Iklan
Iklan

Abdullah berkata, beliau menerima banyak panggilan serta mesej berhubung laporan berkenaan.

Laporan berkenaan memetik seorang bekas ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan didakwa atas pertuduhan menggunakan perkataan mengaibkan.

Iklan

Bagaimanapun, persoalan tersebut terjawab apabila ahli Parlimen yang dimaksudkan ialah S Manikavasagam.

Bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan - Kesalahan Kecil Kecil 1955.

Iklan

Manikavasagam, 59 didenda RM100 atau penjara tiga hari jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Beliau mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan kepada seorang individu awal bulan lepas.

Manikavasagam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.