‘Tiada keperluan bincang Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO’ - Akmal Saleh
Iklan
Laporan Sinar Harian. Akmal Saleh (kiri).
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menolak ajakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mahu berbincang dan bermesyuarat.
Ia berhubung cadangan Kor Ming yang mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Iklan
Iklan
Dr Muhamad Akmal dengan tegas berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian dan ia tidak patut dibincangkan lagi.
"Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi.
Iklan
"Tiada keperluan untuk cadangan ini. Titik,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan ahli Parlimen Teluk Intan itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
Iklan
Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau secara sinis memaklumkan, pihaknya tidak menolak ajakan untuk bersemuka dengan Kor Ming bagi memberikan beberapa penjelasan berkaitan perkara tersebut.
"Jika nak jumpa boleh, tetapi kami nak ajar mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali.
"Kalau setuju, tentukan tarikhnya,” ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>