Tiga bot penumpang ditahan langgar syarat sah lesen
Iklan
PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan tiga bot penumpang selepas melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Sembilan pada petang Isnin.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bot berkenaan ditahan ketika anggota penguat kuasa Maritim melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan peranginan.