Dua maut dalam nahas dua kenderaan
Iklan
Keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. Foto BBP Tangkak
TANGKAK - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Muar-Segamat, di sini, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 8 pagi.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis yang dalam perjalanan dari Segamat menghala ke Tol Tangkak hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Suzuki Vitara yang dalam perjalanan ke Tangkak.
"Akibat perlanggaran tersebut pemandu MPV mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dan sedang dirawat di Hospital Tangkak manakala pemandu dan penumpang Suzuki Vitara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan di bahagian dada, badan dan kaki," katanya.
Iklan
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ), 1987.
Katanya, mayat dua mangsa turut dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>