10 lokasi lereng sungai, jalan berisiko runtuh
Iklan
Abdul Hadi (kanan) dan Wan Azman (kiri) menunjukkan kesan-kesan runtuhan tebing. Foto Sinar Harian
JELI - Hampir 10 lokasi melibatkan lereng sungai dan jalan di Kuala Balah dekat sini dikesan berisiko runtuh terutama ketika hujan lebat.
Ahli Dewan Undangan Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, lokasi-lokasi itu antaranya di Kampung Bukit Selar, Lubok Bonggor, Kubur Datuk, Jerimbong dan Janggut Seberang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, risiko tersebut sudah lama berlaku dan semakin ketara ketika musim tengkujuh baru-baru ini hingga menyebabkan ada rumah penduduk rosak.
"Misalnya di Lubuk Bonggor, ada empat rumah penduduk yang perlu dibaiki kesan daripada runtuhan lereng.
Iklan
Runtuhan tebing di Kampung Seberang Janggut.
"Kami dalam proses membaiki rumah itu dan akan memantau kawasan-kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Keraian Petugas Sukarelawan dari agensi kerajaan yang terlibat menangani krisis tanah runtuh Lata Janggut Seberang pada Isnin.
Iklan
Turut hadir, Penghulu Mukim Sungai Long, Wan Azman Wan Musa.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berharap pihak kerajaan dapat menyalurkan peruntukan khas bagi perancangan jangka panjang untuk kawasan-kawasan yang berisiko tersebut.
Abdul Hadi (kanan) dan Wan Azman (kiri) berada di jalan konkrit yang dibina di Kampung Seberang Janggut.
Tambahnya, projek selenggara tebing runtuh di Kampung Janggut Seberang sudah siap hampir 60 peratus merangkumi jalan konkrit sejauh 130 meter.
"Runtuhan tebing ini berlaku pada 29 Disember tahun lalu sewaktu musim tengkujuh sehingga menyebabkan lebih 200 penduduk terputus hubungan.
"Kerja-kerja baik pulih jalan ini dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>