KPDN kejar penyeludup sejauh 10 km

Iklan
Suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu dikesan melakukan aktiviti penyeludupan kira-kira jam 1.02 petang. Foto:KPDN

RANTAU PANJANG - Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak peket di kawasan hutan berhampiran Kampung Tasek di sini pada Ahad selepas dikejar sejauh 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswady Jaafar berkata, suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu dikesan melakukan aktiviti penyeludupan kira-kira jam 1.02 petang.

Iklan
Iklan

"Menyedari kegiatan itu, sepasukan anggota KPDN dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor terus bertindak mengejar kereta tersebut bermula dari Lubok Gong ke Banggol Kulim," katanya pada Selasa.

Seorang penyeludup bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 1.1 tan gula dan minyak masak peket di kawasan hutan berhampiran Kampung Tasek, Rantau Panjang pada Ahad selepas dikejarsejauh 10 kilometer oleh anggota penguat kuasa. Foto:KPDN

Iklan

Menurut beliau, penyeludup itu kemudian bertindak meninggalkan kereta tersebut dan terus melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran Banggol Kulim.

Aswady berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit telah menemukan sejumlah 510 kilogram (kg) minyak masak peket dan 648 kg gula bernilai lebih RM8,000.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.