41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Iklan
Perkhemahan seramai 41 orang daripada sembilan keluarga di tebing Sungai Yong, Bukit Goram, di sini, berakhir dengan suasana cemas apabila mereka terperangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad malam. Foto Awani
KAPIT - Perkhemahan seramai 41 orang daripada sembilan keluarga di tebing Sungai Yong, Bukit Goram, di sini, berakhir dengan suasana cemas apabila mereka terperangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad malam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.32 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, dua pegawai polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut ke lokasi bagi membantu operasi menyelamat semua mangsa terbabit.
Katanya, semua mangsa berasal dari Bintulu dan datang berkhemah di tebing seberang sungai berkenaan sejak Sabtu lalu.
Iklan
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Beliau berkata, pasukan operasi bertindak menyelamatkan semua mangsa dengan memasang tali keselamatan bagi membolehkan mereka menyeberangi sungai berkenaan kerana arus sungai yang deras pada paras kedalaman kira-kira 1.5 meter.
Iklan
Operasi tamat kira-kira jam 9.56 malam dengan semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. - Awani
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com