Tragedi kepala air: Jenazah 3 beradik disemadi sebelah ibu

Iklan
Azam (duduk dua dari kiri) tidak dapat menahan sebak sejurus tiga anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.

BIDOR - Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh dekat sini selamat disemadikan bersebelahan ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor pada Khamis.

Hujan renyai mengiring pengebumian Allahyarham Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4, dan Hanna Mikayla Azam, 7, yang selamat disemadikan dalam satu liang kira-kira jam 6.20 petang.

Iklan
Iklan

Sebelum itu jenazah tiba di Masjid Al-Muhtadin di sini dari Hospital Tapah untuk solat jenazah.

Bapa kanak-kanak terbabit, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, yang kelihatan lemah turut ditenangkan ahli keluarga sebelum solat jenazah.

Iklan

Sebelum itu, ibu kanak-kanak terbabit, Aszura Bani, 37, selamat dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan pada jam 12.20 tengah hari.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang pada Rabu itu, enam sekeluarga bersama seorang pengasuh yang sedang menjalankan aktiviti berkelah di kawasan sungai terperangkap dalam kepala air.

Iklan

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Jasad Aszura ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi perkelahan oleh penduduk kampung sekitar jam 4.30 petang manakala anak lelakinya, Hafiy Muhayat dijumpai pada 9.50 malam.

Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu Hanum Marissa dan Hanna Mikayla ditemui pada pagi Khamis.

Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun itu ditemui hanyut sejauh 3 km dari tempat kejadian manakala kakaknya dijumpai 600 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.