Penjawat awam di Sarawak perlu cakna undang-undang baharu - Abang Johari
Iklan
Abang Johari (tengah) melancarkan Buletin Perkhidmatan Awam Sarawak sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto Bernama
KUCHING - Penjawat awam Persekutuan serta negeri harus peka dan cakna terhadap sebarang undang-undang baharu yang diperkenalkan di Sarawak, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah memperkenalkan beberapa undang-undang baharu termasuk berkaitan penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta pengurangan pelepasan gas rumah hijau.
Iklan
Iklan
Katanya, undang-undang baharu itu perlu diperkenalkan, bagi menangani keadaan dan situasi semasa.
"Ekosistem telah berubah, undang-undang telah berubah, dan kita perlu tahu implikasi terhadap undang-undang baharu. Sebagai contoh, mereka (penjawat awam) yang bekerja di Jabatan Hutan misalnya, perlu tahu mengenai carbon trading dan CCUS,” katanya semasa berucap di Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2024 di sini, hari ini.
Iklan
Selain itu, Abang Johari berkata, fokus kerajaan negeri kini, juga bukan hanya tertumpu pada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, tetapi juga kepada kualiti kehidupan rakyat. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>