Khalid Ali tegas, tapi peramah
Iklan
Zainal Abidin (kiri), Laporan Sinar Harian.
LEGENDA bola sepak negara, Allahyarham Khalid Ali yang menghembuskan nafas terakhir pada Selasa merupakan seorang yang tegas di dalam dan luar padang, namun peramah serta mudah didekati.
Pengulas sukan, Zainal Abidin Rawop menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat arena sukan negara.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Allahyarham juga seorang yang kritis memiliki pandangan yang bernas dalam mencetuskan pelbagai idea demi memajukan bola sepak negara.
"Karakternya memang begitu (tegas tetapi peramah). Tak pernah tunjuk sombong, mana yang dia tak suka dia cakap dan mana yang dia suka, dia beritahu dia suka.
Iklan
"Satu kehilangan besar buat bola sepak negara. Allahyarham mungkin tidak beri sumbangan di atas padang (sebagai jurulatih) tapi pandangan bernas dan cakap dia betul berdasarkan pengalaman dan pengamatannya.
"Pendapatnya memang sukar nak sangkal dan kita perlu hormat. Malah Allahyarham banyak jasa kepada negara.
Iklan
"Allahyarham bantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Saya pasti ramai akan merindui Allahyarham,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.
Khalid meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.
Allahyarham disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat awal Ramadan tahun lepas menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada jam 3.03 petang.
Khalid yang sebelum ini dimasukkan ke hospital selepas keadaannya yang tidak mengizinkan serta tidak sedarkan diri beberapa hari sebelum akhir riwayatnya.
Bekas pemain Selangor itu menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com