Taktik premis jalankan kegiatan persundalan terbongkar
Iklan
JOHOR BAHRU - Kegiatan persundalan yang berselindung di sebalik perniagaan hotel dan spa terbongkar apabila sebuah premis di Taman Century di sini diserbu Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Selatan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan jam 11.20 malam itu, seramai 13 individu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun serta 12 wanita warga asing berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan.