Pengampunan Najib: Kepimpinan UMNO didakwa pandang remeh
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
PUTRAJAYA - Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembelaan terhadap bekas Perdana Menteri itu dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO meskipun berada di dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, penyokong turut senada dengan ahli keluarga Najib yang kecewa terhadap keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Iklan
Iklan
"Kami kecewa dengan keputusan itu kerana mengharapkan Najib mendapat pengampunan penuh," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ujar beliau, para penyokong Najib tidak berganjak daripada pendirian bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak bersalah.
Iklan
"Dalam hal ini, kami penyokong Bossku kekal untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) kerana keadilan terhadap Najib masih tidak ditegakkan, selain dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO walaupun berada dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.
Tambah Syed Muhammad Imran, pengurangan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara dan denda sudah dapat dijangka dari awal lagi.
Iklan
Terdahulu, keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 memutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara.
Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.
Denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta dan memerintahkan beliau dipenjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, R Dinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665068/berita/semasa/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah-langgar-atlet-kayak-kebangsaan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com