CPI 2023: 50 bukan zon selesa - Rasuah Busters

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Norhayati

SHAH ALAM - Skor Malaysia yang meningkat kepada 50 mata susulan keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 itu disifatkan masih lagi belum berada pada zon selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Norhayati Nordin berkata, negara masih perlu mengekalkan tahap prestasi yang tinggi bagi mendepani risiko-risiko rasuah bakal berlaku sama ada di peringkat bawah atau atasan.

Iklan
Iklan

"Sekalipun kita lihat bahawa watak-watak atau peranan menentang rasuah dimainkan oleh pelbagai pihak tetapi penting dalam konteks CPI, sektor awam dilihat sebagai sebuah sektor yang akan memberi impak besar kepada ekonomi dan negara.

Pada Selasa, skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang dikeluarkan Transparency International (TI) mencatatkan peningkatan kepada 50 mata berbanding 47 mata pada 2022.

Iklan

Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, penambahan mata itu sekali gus meletakkan negara di kedudukan tangga ke-57 daripada keseluruhan 180 negara.

Dalam pada itu, ujar Norhayati, pemerkasaan institusi juga penting untuk dilakukan dalam usaha menangani rasuah di negara ini.

Iklan

"Kita bukan sahaja bercakap tentang kita inginkan keputusan CPI yang lebih baik dan berterusan, tetapi sebenarnya lebih besar daripada itu adalah kesan yang berlaku kepada rakyat. Kesan-kesan ini boleh jadi secara langsung atau tidak langsung.

"Jadi kami menyeru supaya semak imbang itu berlaku dengan adil dan juga secara berterusan maknanya penglibatan penjawat awam, pakar-pakar profesional dan pemegang taruh dalam negara perlu dilibatkan dalam banyak perbincangan atau keputusan yang melibatkan kepentingan awam terutamanya

"Dengan cara ini, insya-ALLAH kita yakin permulaannya dengan keyakinan yang dibina oleh Malaysia itu akan menjadi satu faktor untuk peningkatan dari sudut ekonomi dan sosial berlangsung dengan sihat serta sempurna,” ulasnya.

Sementara itu, menurutnya, sudah sampai masa untuk semua pihak berganding bahu untuk memahami cabaran sebenar kepada permasalahan rasuah dalam negara.

"Perlu difahami dengan jelas bahawa rasuah itu bukan semestinya dalam bentuk pemberian wang, ia boleh datang dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pilih kasih, nepotisme dan pelbagai bentuk yang sebenarnya perlu dikeluarkan dalam kita mencegah rasuah dan mengembalikan maruah Malaysia di mata dunia,” jelasnya.