Gagal lolos ke Malaysia

Iklan
Etnik Rohingya yang tiba di Aceh, Indonesia ditempatkan di pusat penempatan sementara yang disediakan jabatan imigresen negara itu. - AFP

YANGON - Lebih 110 etnik Rohingya dari barat Myanmar telah ditangkap pihak berkuasa ketika mereka cuba melarikan diri menuju ke Malaysia.

Sumber keselamatan tempatan berkata kepada AFP, seramai 59 lelaki dan 58 wanita ditahan dalam dua trak di perbandaran Thanbyuzayat di timur negeri Mon pada Rabu, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Malaysia melalui Thailand.

Iklan
Iklan

Menurut laporan awal, kumpulan itu melakukan perjalanan pertama dengan bot dari Sittwwe dan Maungdaw di negeri Rakhine dan kemudian dibawa oleh kumpulan sindiket di Thanbyuzayat untuk ke Thailand sebelum memasuki Malaysia.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran antara tentera junta dan kumpulan bersenjata etnik Arakan Army (AA) telah menggegarkan sebahagian besar negeri Rakhine, menyebabkan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Iklan

Sejak itu tentera menutup lebuh raya dan melarang perjalanan menerusi laluan sungai di negeri itu.

Tindakan keras itu kini menjadi subjek kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, manakala Rohingya yang kekal di Myanmar tertakluk kepada apa yang disifatkan kumpulan hak asasi sebagai keadaan seperti aparteid.

Iklan

Setiap tahun, ribuan etknik Rohingya melakukan perjalanan laut yang berisiko dari Myanmar dan dari kem pelarian yang penuh sesak di Bangladesh untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 569 etnik Rohingya dilaporkan mati atau hilang di laut tahun lepas.

Ia merupakan jumlah tertinggi sejak tahun 2014.

Tambah agensi itu, kira-kira 4,500 etnik itu memulakan perjalanan laut dari Myanmar atau kem di Bangladesh pada tahun 2023. - AFP