Isu komander Iran: Macron, Putin minta semua bertenang
Iklan
PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, pada Jumaat menggesa semua pihak bertenang bagi mengelak sebarang ketegangan baharu susulan pembunuhan komander tertinggi Iran dalam satu serangan oleh Amerika Syarikat di Iraq, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut pejabat presiden Perancis itu dalam satu kenyataan, melalui perbualan telefon pada Jumaat, Macron dan Putin membincangkan situasi di Iraq dan negara jiran serta bersetuju bekerjasama dalam tempoh beberapa hari berikutnya bagi mengelak satu lagi peningkatan ketegangan yang berbahaya.