Iran sahkan dua misil tembak jatuh pesawat Ukraine
Iklan
TEHERAN - Iran hari ini mengesahkan dua peluru berpandu telah menembak jatuh pesawat Ukraine PS752 dalam insiden awal bulan ini yang turut mengorbankan kesemua 176 individu dan mencetuskan protes membantah kejadian itu.
Menurut pihak berkuasa penerbangan, pihaknya masih belum menerima maklum balas positif selepas meminta bantuan teknikal dari Perancis dan Amerika Syarikat untuk menyahkod kotak hitam pesawat yang jatuh tersebut.