Penagih aktif samun, ragut diberkas

Iklan
Mohamad Nasir (dua dari kanan) menunjukkan senjata jenis kerambit yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan samun dan ragut sekitar Taiping.

TAIPING - Seorang penagih dadah yang dikesan aktif melakukan kegiatan samun bersenjata dan ragut di daerah Taiping tumpas dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Simpang di sini, Jumaat lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis ketika melakukan samun di stesen minyak berkenaan sekitar jam 7.15 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, siasatan mendapati suspek bergerak sendirian memilih melakukan jenayah secara rawak.

"Modus operandinya, suspek akan membuat tinjauan ke stesen minyak terlebih dahulu sebelum mengacukan senjata tajam, mengugut dan mengancam pekerja ketika samun.

Iklan

Menurut beliau, dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes jenayah melibatkan kerugian sekitar RM15,000.

Mohamad Nasir (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.

"Polis merampas sebilah pisau, topi keledar, telefon bimbit, baju hujan dan sebuah motosikal.

Iklan

"Susulan daripada tangkapan itu, pihak polis telah menjalankan penggeledahan rumahnya dan menemukan sebilah kerambit, topi keledar dan telefon bimbit," katanya.

Mohamad Nasir berkata, suspek yang masih bujang itu direman selama enam hari sehingga Rabu ini untuk disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.