[VIDEO] Dakwaan MCA 'parti sesat' hanya 'gaduh mulut

Iklan

ISKANDAR PUTERI - Kenyataan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengatakan MCA selaku parti 'sesat' baru-baru ini, sebagai 'gaduh mulut' yang perlu dihentikan.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon, berkata, selaku pimpinan politik, Teresa seharusnya memberikan fokus dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Sesat tak sesat itu pandangan peribadi dia (Teresa), dan bagi saya hala tuju MCA adalah jelas di mana kita berkhidmat membantu rakyat dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negara.

"Bagi saya gaduh mulut ni tak perlu lah... DAP pun dah jadi salah satu parti dalam gabungan pemerintahan kerajaan.

Iklan

Tian Soon berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teresa yang mengatakan MCA sebagai parti 'sesat' baru-baru ini.

Tian Soon

Terdahulu, Tian Soon menyempurnakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Gleneagles Hospital, Johor dan Yayasan ROSE sempena Kempen Kesedaran Kanser Serviks di sebuah hotel terkemuka di sini.

Iklan

Sementara itu, Tian Soon berharap agar, semua pihak khususnya ahli MCA bertenang dalam isu tersebut (MCA parti sesat).

Malah katanya, mereka juga perlu faham perlu faham mengenai hala tuju parti MCA.

"Bagi mereka yang sengaja nak 'batu api' kan kita,,, tak perlulah; kita sebagai pengamal politik muda kita perlu norma yang baru... tak perlu buat cara hari-hari cari pasal gaduh mulut melalui media.

"Kalau ada yang tak puas hati daripada parti 'sebelah sana' atau Teresa Kok saya sedia memberikan penjelasan kepada Teresa berhubung hala tuju MCA," katanya.