PRN Melaka: Albert Kok dakwa Anthony 'tunggang' isu pengampunan Najib raih undi Cina
Iklan
Albert (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya terhadap Anthony.
KOTA MELAKA - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang mahu minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan didakwa bermotifkan politik bagi meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Albert Kok juga melihat tindakan berkenaan sebagai cubaan mencabar institusi Raja-Raja Melayu, khususnya Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
Iklan
Albert
Menurutnya, kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa prerogatif dan budi bicara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru perlu dihormati semua pihak termasuk parti politik.
Iklan
"Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong itu merupakan dokumen sulit negara yang tidak seharusnya dipersoalkan atau dipertikaikan sewenang-wenangnya.
"Saya lihat niat sebenarnya ialah untuk menarik pengundi Cina. Tetapi jangan gunakan cara ini untuk meraih undi sehingga membelakangkan institusi raja-raja," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan DUN Kesidang, Taman Malim Jaya di sini pada Isnin.
Iklan
Albert turut mendakwa kenyataan Anthony yang juga Menteri Pengangkutan itu berunsur hasutan dan mengkhianati Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus, cekap dan bebas serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Dalam perkembangan sama, Albert memaklumkan beliau telah membuat laporan polis terhadap Anthony berhubung isu berkenaan di Balai Polis Batu Berendam pada pagi Isnin, susulan laporan yang disiarkan sebuah portal berita.
Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan mempertikaikan kuasa dan kedudukan institusi diraja secara berterusan boleh menjejaskan kedudukan institusi berkenaan sebagai lambang kedaulatan negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>