Abang Johari tidak ulas spekulasi lantikan Yang Dipertua Negeri baharu
Iklan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama
KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.
Sebaliknya, beliau hanya berkata, kuasa melantik jawatan Yang Dipertua Negeri merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Iklan
Iklan
"Saya tidak dapat komen, kerana kuasa mutlak (untuk melantik) adalah pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Eden Damai Wellness di sini, pada Sabtu.
Beliau juga enggan mengulas laporan bahawa Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
Iklan
"Yang itu perlu tanya dengan dia (Wan Junaidi) sendiri,” katanya.
Semalam, media melaporkan Wan Junaidi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kini disandang Tun Abdul Taib Mahmud.
Iklan
Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pada 1 Mac 2014. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>