Utamakan projek lebuhraya bertingkat Juru-Sungai Dua - Kon Yeow
Iklan
Kon Yeow (empat dari kiri) ketika melakukan simbolik pelancaran projek VERSA di Bandar Cassia, Batu Kawan pada Jumaat.
BATU KAWAN - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diminta untuk melaksanakan projek lebuh raya bertingkat Juru-Sungai Dua bagi menyuraikan kesesakan yang berlaku di negeri ini khususnya di kawasan Perai.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Shamsul Azri Abu Bakar pada Khamis memaklumkan projek berkenaan menjadi keutamaan memandangkan ianya memang menjadi keperluan dan dibangkitkan banyak kali di peringkat Persekutuan.
Iklan
Iklan
"Pihak kerajaan negeri pun setiap tahun mengemukakan permohonan, jadi sukacita saya maklumkan, ketika Ketua Pengarah UKAS membuat kunjungan kepada kerajaan negeri semalam dan memaklumkan mereka memang menerima isu ini di banyak mesyuarat, banyak kali dan banyak pihak kemukakan keperluan projek ini.
"Memandangkan trafik Lebuhraya Utara Selatan menjadi arus yang utama ianya membawa kesan kepada trafik Jambatan Pulau Pinang yang ada kalanya menyebabkan kenderaan bergerak perlahan sehingga berlaku kesesakan jalan raya sepanjang jambatan sehingga Lebuhraya Utara Selatan dari Pusat Bandar Komtar dan dari Bayan Baru serta Bayan Lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Jumaat.
Iklan
Terdahulu Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan melancarkan Projek VERSA yang akan dibangunkan di Bandar Cassia di sini.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, kesesakan aliran trafik yang berlaku menjejaskan sektor industri dan memberi kesan kepada penduduk di negeri ini yang berulang alik dari pulau ke seberang dan seberang ke pulau.
Iklan
Katanya, UKAS sedang berbincang dengan PLUS untuk melihat bagaimana melaksanakan projek ini bagi memisahkan trafik lebuh raya dengan trafik tempatan supaya percanggahan dapat dielakkan.
"UKAS menyebut contoh di Jelapang di mana trafik diasingkan dan masalah itu dapat ditangani dengan projek sedemikian.
"Tetapi kita tak pasti macam mana projek ini akan dilaksanakan, apakah reka bentuknya... ini mungkin masih di peringkat awal.
"Tetapi pendirian kerajaan negeri mewakili semua pemegang taruh mahu PLUS melaksanakan projek ini kerana puncanya berlaku di atas lebuh raya PLUS tetapi kesannya dirasai oleh rakyat tempatan di Pulau Pinang," katanya lagi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.