Tarif air di Johor naik 25 sen bulan depan
Iklan
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU - Pelarasan tarif air akan menyaksikan peningkatan sekitar RM0.25 bermula bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd, Muhamad Faizal Aliar berkata, pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik telah diwartakan kerajaan Persekutuan menerusi kelulusan Mesyuarat Kabinet dan ia akan dikuatkuasakan oleh Ranhill SAJ di negeri Johor.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sebagai satu-satunya operator bekalan air di negeri ini, pelarasan tarif air itu membabitkan peningkatan hanya sekitar 25 sen dengan kali terakhir pelarasan tarif air dikaji sembilan tahun yang lalu.
"Bagi kategori domestik meter individu penggunaan dari 0 meter padu sehingga 20 meter padu dari RM0.80 kepada RM1.05 untuk satu meter padu. Seterusnya penggunaan 20 meter padu sehingga 35 meter padu dari RM2.00 kepada RM2.35 untuk satu meter padu.
Iklan
"Bagi penggunaan air melebihi 35 meter padu pula berubah daripada RM3.00 kepada RM3.15 untuk satu meter padu. Manakala, kadar minimum setiap bagi kategori domestik (meter individu) berubah dari RM7.00 kepada RM10.50.
"Sementara kategori domestik meter pukal pula kadar rata berubah dari RM1.60 kepada RM2.55 dan kadar minimum bagi kategori domestik (meter pukal) juga mengalami perubahan dari RM16.00 kepada RM25.50," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Menurut Muhamad Faizal, implimentasi pelarasan tarif air baharu ini dilakukan secara inklusif dan melalui penelitian terperinci agar tidak memberi bebanan kepada pengguna.
Jelasnya, hakikat era baru perbekalan air memerlukan suntikan tarif air yang realistik dalam mendepani cabaran-cabaran membekalkan air bersih agar lebih berdaya maju.
"Pelarasan tarif air yang baru ini memberi kesan positif kepada Ranhill SAJ khususnya untuk meneruskan inisiatif seperti program-program penggantian paip-paip lama, projek-projek penaiktarafan sistem bekalan air di negeri Johor.
"Kami juga akan memperluaskan pemberian rebat air sebanyak 25 meter padu kepada penerima bantuan e-kasih dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menampung kenaikan kos-kos operasi setiap tahun sebagai pembuktian nilai tarif air ini dikembalikan kepada pengguna air di negeri Johor," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.