Prestasi pembangkang kurang memberangsangkan, kerajaan dilihat lebih baik

Iklan
Mohd Zaid

SHAH ALAM - Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung sentimen perkauman seolah-olah memberi gambaran bahawa prestasi pembangkang, Perikatan Nasional (PN) kurang memberangsangkan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, tindakan berkenaan menjadikan komponen parti kerajaan, Pakatan harapan (PH) dilihat lebih baik.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Dr Mahathir dilapor mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana terikat dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Iklan

Menerusi hantaran sama, Mohd Zaid menjelaskan bahawa pemimpin parti perlu mengambil peluang bagi menjenamakan semula dan mengartikulasikan idea baharu untuk negara yang semakin autoritarian.

Menurut beliau, jika dakwaan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyatakan Pas adalah parti moden, maka politik Malaysia perlu menjauhi sentimen perkauman dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.

Iklan

"Sebagai contoh, wakil rakyat itu harus menangani sistem cukai kuno dan keadaan negeri yang mempunyai sistem pendidikan lemah di sekolah yang mana kanak-kanak tidak akan lagi diuji.

"Ada yang tidak boleh membaca atau menulis, malah ada beratus-ratus perkara salah di negara ini dan banyak perkara yang perlu dilakukan selain membuat laporan polis serta bercakap mengenai Langkah Dubai,” ujarnya.