Jaga laku bukan sekadar di atas sejadah

Iklan
DIDIKLAH anak dengan adab dan akhlak sejak dari kecil lagi kerana proses tersebut memakan tempoh masa yang lama supaya menjadi pegangan dalam diri.

Luruskan salah faham anggap beradab sebagai kolot, fahamilah bahawa tatasusila dinilai dalam setiap inci kehidupan manusia

ZAMAN sekarang, silap gaya atau pertuturan, tidak semena-mena kita dilabel sebagai kolot. Sedangkan apa yang dilakukan adalah mengikut lunas-lunas yang digariskan dalam agama.

Meminta izin sebelum berlalu dan tunduk ketika berjalan di hadapan orang lain juga adakalanya dianggap bersifat kekampungan serta ketinggalan zaman.

Iklan
Iklan

Hakikatnya, itulah sememangnya yang diajar oleh orang tua kita supaya menjaga laku di mana-mana sahaja. Bahkan, demikian juga yang dianjurkan dalam Islam kerana ia berkait soal adab dan akhlak yang mencerminkan diri sebagai Muslim.

Malangnya, perkara tersebut tidak dianggap sedemikian oleh sebilangan orang. Lebih menyedihkan, bagi kelompok itu, akhlak sebegitu hanya sesuai dipamerkan di atas sejadah mahupun rumah ALLAH sahaja.

Iklan

Baik yang muda mahupun sudah berusia, kedua-duanya adakalanya sama-sama naik 'tocang'. Enggan beralah, sebaliknya sanggup berlaku biadab antara satu sama lain sambil disaksikan orang lain.

Mengapa nilai adab kini kian terhakis dan dianggap sebagai kuno? Apakah solusi terbaik bagi membendung fenomena biadab yang meresapi masyarakat kini?

Iklan

Rasulullah sempurnakan akhlak mulia

Sinar Islam mendapatkan pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

USTAZ WAN AKASHAH

Beliau menyorot kembali sebab musabab Rasulullah SAW diutuskan kepada seluruh umat iaitu untuk menyempurnakan akhlak mulia sebagaimana disebutkan dalam hadis masyhur riwayat Imam Baihaqi dan al-Hakim.

Bayangkan semasa era Nabi Muhammad SAW diutuskan, ia dipanggil sebagai zaman jahiliah kerana masyarakat Arab bukan sahaja menyembah berhala, tetapi tidak mempunyai pekerti yang baik.

"Malahan, mereka digambarkan mempunyai akhlak buruk seperti meminum arak, berzina, menjadikan wanita sebagai barang dagangan dan lain-lain lagi.

Benar, rambut manusia sama hitam, tetapi hati pula tidak sama antara satu sama lain. Adakalanya individu itu begitu baik sekali apabila di hadapan orang lain atau ketika bekerja, tetapi bersikap sebaliknya apabila tamat sahaja waktu pejabat.

Mulalah mereka menjadi diri sebenar. Bercakap kasar, berperangai kurang menyenangkan dan menyakitkan hati serta seumpamanya.

JANGAN bersikap menunjuk-nunjuk kebaikan atau hanya beradab mengikut tempoh tertentu sahaja. -Gambar hiasan

Ketahuilah bahawa semua itu dianggap sebagai riak kerana menunjuk-nunjuk kebaikan kepada orang lain, bukan kerana ALLAH SWT.

Jelas Wan Akashah, segala 'kebaikan' yang dilakukan tadi tidak akan dinilai oleh ALLAH SWT.

"Sekiranya seseorang itu berakhlak kerana ALLAH dan baik di mana-mana sahaja sama ada masjid, di rumah dan sebagainya, semuanya akan jadi bagus. Namun begitu, jika dirinya melakukan semuanya kerana riak, maksudnya amalan dikerjakan itu hanya akan diperoleh ketika itu saja.

"Ya, di dunia dia boleh dapat pangkat, gaji dan duniawi, tetapi tidak di akhirat. Rugilah individu itu," terangnya panjang lebar.

Niat kerana ALLAH

"Itu (penilaian) yang tepat sekali. Bukan sekadar kita hanya nampak kebaikan di rumah ALLAH sahaja, tetapi bila di luar jadi singa, serigala dan sebagainya.

"Segalanya berkaitan dengan kehidupan kita kerana Islam adalah cara hidup yang sebenar dan bergerak di mana-mana sahaja termasuk (beradab ketika) di jalan raya," katanya.

MENJAGA laku bukan sahaja ketika berada di atas sajadah atau tikar sembahyang sahaja, tetapi peliharalah akhlak kita setiap masa.

Disebabkan itulah jelas beliau, pembentukan akhlak mulia sebenarnya bermula dari rumah. Andai ibu bapanya begitu menjaga adab, maka ia akan menjadi ikutan anak-anaknya dan begitulah sebaliknya.

"Itu adalah adab yang perlu dibentuk, bukan sekadar ditiru. Ia tidak datang dengan sendirinya.

"Adab itu memakan tempoh masa yang lama, bukan sehari dua. Kita berpuasa selama 30 hari dan sepanjang 'kursus' sepurnama lamanya itu, maka akan terbentuk akhlak yang baik. Secara tak langsung, seseorang akan rajin ke masjid, menjaga tatasusila," katanya.

Bagi mereka yang sudah matang, tetapi kurang dari segi adab, ujar Wan Akashah, selain galakan insan di sekeliling untuk menyemai akhlak mulia, pegangan akidah turut memainkan peranan signifikan.

"Sebab itulah dari awal lagi, Islam begitu menekankan soal adab kerana perkara asas yang diturunkan seperti akidah, perundangan dan syariah begitu penting dalam agama.

"Selain membentuk mengikut acuan agama, mesti kena beramal dengan menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa dalam bulan Ramadan dan mengerjakan kewajipan lain," tuturnya.

Dalam pada itu, penceramah terkemuka itu turut menegur sikap sebilangan individu yang menyimpang daripada landasan kehidupan Islam.

"Interaksi melalui gajet merupakan antara salah satu punca kurangnya akhlak dalam kalangan generasi muda. Adakalanya suami isteri makan bersama anak-anak, tetapi matanya sibuk dengan telefon. Begitu juga dengan tetamu yang datang ke rumah, tidak dilayan sewajarnya apabila kita terlalu sibuk dengan gajet masing-masing," tegurnya.