Ringgit terus catat aliran meningkat
Iklan
Pada 9.01 pagi, ringgit naik kepada 4.6360/6410 berbanding dolar AS daripada 4.6400/6440 pada Rabu. Foto hiasan
KEYAKINAN berterusan mengenai data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang positif meningkatkan sentimen, membolehkan ringgit dibuka tinggi pada Khamis.
Pada 9.01 pagi, ringgit naik kepada 4.6360/6410 berbanding dolar AS daripada 4.6400/6440 pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, purata harga petrol AS berada pada US$3.69 segelen pada Disember 2023.
"Berbanding dengan purata pada Disember 2022, iaitu US$3.92 segelen, ini akan memberi kita penurunan enam peratus tahun ke tahun.
Iklan
"Oleh itu, terdapat kemungkinan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan lebih rendah daripada jangkaan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, kenyataan terkini daripada Presiden Federal Reserve Bank of New York John Williams mengenai AS dijangka dapat menurunkan inflasi turut membantu sentimen di seluruh dunia.
Iklan
Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 102.362 mata daripada 102.57 mata sebelum ini.
"Bagaimanapun, beliau menyatakan lebih banyak bukti diperlukan sebelum bank pusat AS dapat menurunkan Kadar Dana Fed.
"Oleh itu, ringgit dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil antara RM4.63 dan RM4.65 hari ini.
"Dari aspek teknikal, pasangan mata wang dolar AS dan ringgit kini berada dalam zon neutral, menunjukkan mata wang tempatan akan diniagakan mendatar dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2018/2047 daripada 3.1869/1906 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 5.0894/0949 daripada 5.0789/0833 semalam dan merosot berbanding pound kepada 5.9123/9187 daripada 5.9044/9095 sebelum ini.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4836/4876 daripada 3.4851/4883 pada Rabu, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2272/2483 daripada 13.2598/2777 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 297.7/298.2 daripada 297.9/298.4 sebelum ini.
Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.27 daripada 8.24/8.25 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>