Rasuah persatuan bola, seorang MB akan dipanggil SPRM

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Menteri Besar sebuah negeri di utara tanah air bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Menurut sumber, siasatan membabitkan kes rasuah tersebut dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan sekiranya menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di kerajaan negeri dan persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan serta perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

"Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit," katanya pada Selasa.

Iklan

Sumber berkata, kontraktor yang merasakan dirinya ditipu telah membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek yang dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengeshakan bahawa SPRM akan memanggil Menteri Besar negeri berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Iklan