Bachok perintis lembu baka wagyu
Iklan
Mohamad tidak melepaskan peluang memberi ternakan lembu baka wagyu makanan semasa sesi lawatan ke projek pembiakan dan penternakan lembu baka wagyu di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok.
BACHOK - Jajahan Bachok menjadi perintis ternakan lembu baka wagyu di negara ini apabila ia diusahakan secara intensif.
Ini dapat dilihat apabila 15 ekor lembu baka tersebut berjaya dibiakkan di ladang milik Kelfarm Sdn Bhd di Kampung Seneng, Jelawat di sini.
Iklan
Iklan
Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Malaysia bakal mempunyai ternakan lembu baka wagyu sendiri selepas Jepun, Australia dan Thailand kerana ia mempunyai potensi yang cerah jika diusahakan secara bersungguh-sungguh serta sistematik.
Mohamad (tengah) mendengar taklimat daripada Paizol Akman (kanan) semasa sesi lawatan ke projek pembiakan dan penternakan lembu baka wagyu di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok.
"Hal ini kerana permintaan terhadap daging wagyu agak tinggi. Hotel-hotel lima bintang di Kuala Lumpur bukan semua ada menyediakan daging tersebut kerana bekalan masih belum mencukupi.
Iklan
"Saya amat gembira dengan usaha yang dilakukan golongan bumiputera yang berani menceburkan diri dalam bidang ternakan yang berprestij tinggi," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.
Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke projek pembiakan dan penternakan lembu baka wagyu di Kampung Seneng, Jelawat di sini.
Iklan
Hadir sama ialah, Pengarah Eksekutif Kelfarm Sdn Bhd, Paizol Akman Awang.
Mohamad memberitahu, semua pihak termasuk agensi pusat dan negeri perlu bekerjasama dalam membantu mengembangkan lagi usaha ini.
Ujarnya, usaha itu dijalankan secara intensif di Jelawat, Bachok ini mampu berkembang dengan bantuan sains serta teknologi.
Ahli Parlimen Kota Raja berkata, hal ini kerana ternakan ini memerlukan penjagaan sepenuh masa.
"Saya yakin kalau nak korban (Hari Raya Aidiladha) lembu baka wagyu pun terutama di Kuala Lumpur, Shah Alam, Damansara dan sekitar ada yang mampu," katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.