SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan dakwaan cubaan menumbangkan Kerajaan Perpaduan kerana beliau mahu menumpukan soal bekerja memimpin negara.
"Tak perlu komen. Saya kerja, kalau ada kes isu besar saya jawab," katanya ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam kononnya Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.