Bas mini bawa 16 penumpang meletup

Iklan
Seramai dua orang terbunuh manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bas mini meletup di Kabul. Gambar hiasan

KABUL - Seramai dua orang terbunuh manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bas mini meletup di kawasan Dasht-i-Barchi, di Kabul pada Sabtu, kata jurucakap polis Khalid Zadran.

Semua mangsa terdiri orang awam dan mereka yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Zadran tidak memberikan butiran lanjut sambil berkata siasatan telah dimulakan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, penduduk tempatan di kawasan Dasht-i-Barchi mendakwa letupan terbabit berlaku sekitar 6.30 pagi waktu tempatan.

Iklan

Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab setakat ini. - Bernama

Iklan