Misi angkasa pertama India bagi kaji matahari sampai ke destinasi

Iklan
Balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer dari Bumi. Foto Agensi

NEW DELHI - Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari telah sampai ke destinasinya, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata, negara itu mencipta"satu lagi kejayaan," ketika balai cerap solar pertama India Aditya-L1 sampai ke destinasinya.

Iklan
Iklan

"Ia adalah bukti dedikasi tanpa henti para saintis kami dalam merealisasikan misi angkasa yang paling kompleks dan rumit.

"Kami akan terus mengejar sempadan baharu sains untuk manfaat manusia," menurut Modi menerusi hantaran di platform X.

Iklan

Misi itu ialah balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian (L1) yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer ((930,000 batu) dari Bumi, menurut Organisasi Penyelidikan Angkasa India.

Kapal angkasa Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota selatan India pada 2 September dan menjalani fasa pelayaran selama kira-kira 110 hari sebelum mencapai kedudukan yang disasarkan pada 6 Januari. - Bernama-Anadolu

Iklan